Friday 13 April 2012

Review Berani Punya Budak

Semalam (12 April 2012) telah diadakan Tayangan Eksklusif dan Sidang Media bagi filem Berani Punya Budak di Cathay Cineplex, e@curve, Mutiara Damansara.




Filem Berani Punya Budak adalah sebuah filem terbitan Vision Works (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Ismail Holdings.



Sinopsis filem
Tong (Afdlin Shauki) dan B (Mike B) yang baru tiba di lapangan terbang, telah ditahan oleh pihak Interpol & disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Tong menceritakan mengenai kehidupan adik iparnya iaitu B, yang  kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara dan dia menguruskan restoran bersama Tong.
Suatu hari, B telah dipaksa untuk mencuri data peribadi pelanggan kad kredit bagi menyelamatkan Tong yang telah diculik dan diugut bunuh sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan.
B terpaksa melakukan kerja itu dan berjaya melepaskan Tong. Namun, perkara tersebut menjadi kucar kacir apabila B telah dikenalpasti sebagai penjenayah & diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia. Mereka berdua berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk menjumpai timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa B tidak bertindak atas kehendak sendiri.

Walau bagaimanapun, semakin lama mereka semakin terperangkap dengan situasi ini, dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal. Adakah mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut?
Antara barisan pelakon yang mewarnai filem ini adalah....

Tong                     – Afdlin Shauki
B                           – Mike B.
Lita                      – Supaksorn Chaimongkol
Detektif Azman  – Adlin Aman Ramlie
Detektif Azlan    – Johan Raja Lawak
John                    – Awie
Adik John           – Nabil Ahmad
Meaw                  – Sharifah Sofia
Informer             – Riezman Khuzaimi

Filem ini diolah kembali dari filem asal berjudul 'Brave' yang difilemkan dalam bahasa Thai..
Sedikit pengolahan dan dubbing suara telah diadakan bagi penyesuaian tayangan di Malaysia..

Bagi anda yang mencari kelainan dalam filem, boleh lah menonton filem ini yang akan mula ditayangkan di pawagam2 seluruh Malaysia bermula 26 April 2012..

Wednesday 11 April 2012

The Cabin In The Woods Review

Pernahkah anda bayangkan berada di suatu tempat di mana tiada jalan keluar?
Dan di sekeliling anda bahaya ada di mana2..
Apa perasaan anda apabila seorang demi seorang rakan anda mati di depan anda..??

Itulah apa yang berlaku di dalam filem "The Cabin In The Woods".
Sebuah filem ber'genre' Horror

Sedikit info mengenai filem ini

Release Date  : April 13, 2012
Studio             : Lionsgate
Director         : Drew Goddard
Screenwriter  : Joss Whedon, Drew Goddard
Starring          : Kristen Connolly, Chris Hemsworth, Anna Hutchison, Fran Kranz, Jesse Williams, Richard Jenkins, Bradley Whitford
Genre             : Comedy, Fantasy, Horror
MPAA Rating : R (for strong bloody horror violence and gore, language, drug use and some sexuality/nudity)
Official Website: DiscoverTheCabinintheWoods.com | Facebook 

Cerita ini mengisahkan tentang 5 sahabat yang telah pergi bercuti di sebuah Cabin yang berada di suatu kawasan yang terpencil. Semenjak mereka tiba di sana, pelbagai perkara pelik telah berlaku. Mereka cuba mencari jalan keluar tetapi apa yang mereka temui adalah sesuatu yang lebih mengejutkan.. Apakah ia?
Anda harus saksikan sendiri filem ini di pawagam berhampiran anda...



extra info : 
kepada anda yang mengharapkan sebuah cerita dimana penuh dengan suspen hingga ke akhir, mungkin cerita ini bukan yang terbaik kerana dihujungnya terdapat element comedy dan fantasy yang agak keterlaluan..

untuk filem ini, eGurlz berikan rate bagi filem ini 2.5/5..

Tuesday 10 April 2012

The Cabin In The Woods

Hello friends..

Malam ini Gurlz akan pergi menonton pre screening untuk movie "The Cabin In The Woods" yg akan diadakan di Cathay Cineplex e@curve, Mutiara Damansara.

Nantikan review dari Gurlz untuk filem ini..

Sementara itu jom saksikan trailer filem "The Cabin In The Woods" ini...


Nantikan review nya esok...